Ahad, 8 November 2009

الأسبوع الحزن

Assalamu3alaikum w.b.t..

salam sejahtera buat semua,selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat & tabi3in..harap2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknye..post pada kali ini sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sedih dengan semua yang sudi membaca..

minggu ini adalah bermulanya minggu imtihan awwal(peperiksaan pertama) buat semua student yarmouk..dan peperiksaan sy berderet pd minggu ini iaitu:
8/11/2009(ahad)-naqod hadith
9/11/2009(isnin)-nathar hadith(1)
11/11/2009(rabu)-nahu(3)
12/11/2009(khamis)-(ulum askari)
diharapkan sume dapat doakan kejayaan sy k..syukran,allahumma najjihna fi kulli hal..ameen..dalam ingin menumpukan perhatian dengan sepenuhnya untuk peperiksaan sy dalam tahun yg terkhir ini sy terpaksa memikirkan satu lagi perkara yg amat sedih dalam diri sy & keluarga sy..

perkara yg sedih buat sy itu ialah pada hari selasa(10/11/2009) dalam minggu exam sy ni mak kesayangan sy akn menjalani kemo teraphy untuk sakit kanser pangkal rahimnya..diharapkan sume boleh mendoakan mak sy agar semuanya selamat & berjalan lancar..harap2 mak sy cepat sembuh & kembali sehat seperti biasa..

dalam menjalani minggu yg sedih bg sy ini,sy didatangkan lagi satu berita yg tidak mahu didengari..iaitu rakan sy iaitu syaiful shafizan telah ditimpa dugaan yg amat besar..keluarga beliau telah ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang kekampung mereka..dalam sebuah kereta ada ayah & ibunya beserta 2 org adik perempuannya..malang tidak berbau,mereka hampir sampai ke kampung halaman tetapi tidak sempat bertemu org kampung mereka bertemu dengan kemalangan terlebih dahulu:-( dan perkara yg peling sedih lagi menyayat hati,adek kedua terakhirnya telah bertemu ajal disitu,manakala adiknya yang terakhir masih berada dalam keadaan koma(50/50) kerana mengalami pendarahan otak..

YA ALLAH SUNGGUH HEBAT UJIANMU BUAT KAMI YA ALLAH INSAN YG LEMAH LAGI KERDIL INI..BANTULAH KAMI YA ALLAH & TABAHKANLAH HATI KAMI UNTUK MENGHADAPI SEMUA UJIANMU INI YA ALLAH..AMEEN YA RABBAL 3ALAMIN...

Selasa, 20 Oktober 2009

~cuTi-cuTi maLaYsiA~

salamullahu3alaikum...

alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih diberi nikmat iman & islam dan sudah semestinya masih boleh bernafas untuk meneruskan hidup dimuka bumi ini..setelah sekian lama sy meninggalkan perkongsian ilmu di blog ini oleh kerana tuan badannya bercuti..jd blog ni pon turut diberi cuti tanpa gaji..ehehe

Alhamdulillah kerana thn ini sekali lg sy berpeluang bercuti di Malaysia Tanah Air Tercinta. pada tahun ini jg sy sempat berpuasa & beraya bersama2 keluarga sy yg sgt sy rindui & cintai ketika ini..cuti selama sebulan lebih ini sy manfaatkan sepenuhnye & sy sgt berpuas hati cuti kali ini kerana sy dpt melakukan semua perkara yg sy nk lakukan..

mula-mula sampai di tanah air,sy berasa sgt teruja walaupon kali yg ke2..sy mengambil bagasi sy dan menyorong troli bag keluar dgn rase banggenye..tp apabila sampai di balai ketibaan sy tinjau2 tapi sy sgt hampa kerana kelibat family sy xkelihatan yg ade hanya mak ayah org lain yg ade sy kenal..sy bersama2 fiza ktk itu..family fiza pon masih on da way..setelah penat kami menunggu dgn muka seposen,tiba2 family fiza pon sampai..sy sgt sedih sbb mak sy masih belom sampai,tiba2 sy toleh kebelakang alangkah terkesimanya sy apabila melihat ibuku yg tercinta sdg mendokong seorang anak kecik..rupe2nye tu adalah ank abgku yg ke3..MOHD IRFAN RAHIMI, yg berusia setahun lebih..dia xmengenali sy..mana tidaknya sy meninggalkan dia ketika ia masih baby n hanya pandai ketawa..sekarang da pandai berjalan n bercakap dgn bahasenye sendiri..ehehe..sy sungguh bahagia pd ktk itu dan rinduku akhirnya terlerai pabila berjumpa ibuku,abgku,kakak iparku & ank buahku..lalu kami pulang kerumah...

tiada banyak perubahan dikampungku..sy menghabiskan cuti dgn melawat sanak saudara sambil berjalan2 menikmati keindahan Malaysia yg telah kutinggalkan selama setahun lebih...hurm mmg puas,sy sempat drive sampai ke shah alam bersama ank buah..hurm persiapan raye thn ni pon alakadar je sbb da besar,so xsemeriah ms kecik dulu..cm anak2 buah sy yg terover excited nih..

hurm yg plg best,raye thn ni sy sempat wat reunionn dgn teman2 lame dsamtaj..badge pmr03 & spm05..program ni muaz yg rancang tp de soh sy wat kertas keje,so sy ngn dia plan2 n sampai kepenghujungnya terlaksanalah program ni..adelah dlm 20lbh yg dtg..sy sgt gembira bertemu tmn2 lm..ade yg lebih 5thn xjumpe..sy yg masak tok jamuan tyme2 sbb ssh sgt nk cari tukang masak..hehe akhirnye sy jd chef..sy masak mihun goreng dirumah temanku,nazihah husna..tq zeha;-)

malam sebelom jamuan2 sy n nazratul ain serta zeha pergi ke plaza alam sentral untuk mencari cenderahati tok yg hadir..cari punye cari kami pon beli teddy bear yg sgt comel..ain ngn zeha yg pilih...so sy setuju jela..ms pogrem2 ktorang ade wat ucapan,pas2 ta3aruf semula setelah lame berpisah,sj nk tau status masing2 mnla tau ade yg da kawen ke kan..hehe..pas2 ktorg wat cabutan bertuah,mkn2 n tayangan video..n lastly ktorg menangkap gambar kenangan..memang best n full with memory..luv u all guys..kenangan indah bersama tak mungkin dilupakan;-)

tuan pengarah


antara tetamu yg hadir



antara gelagat-gelagat ank2 buahku;-)


Ahad, 19 Julai 2009

cinta cara Islam..



sekadar gambar hiasan..


Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib'
itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang,
tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti
Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu
akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang
dicintai.

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan ke! pada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan
atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak k! emusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang
berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika
ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika
itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah
hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.
Semuanya seolah - olah halal hanya kera! na cinta. Racun - racun berbisa yang
memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta R>terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan ,
buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi
kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan
dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan
dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.
Tetapi bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya
- cinta monyet!

Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum
Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti
meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai
terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja
seharusnya tidak mengeluh, "cinta a namanya ini, jika tidak ada dating,
perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan
senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus
cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam...

Cinta ....

ASSALAMUALAIKUM...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai
umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka
taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama
aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang
dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata
itu
dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya
dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu
dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut
ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah
hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.>Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
WASSALAM....

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

"Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

bila sifat malu tidak berfungsi..




Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.

Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan
peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?

Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak kelainannya.Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat BaihaQi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau dia buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita.Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak
akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka
rasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau
barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemungkaran berlaku,tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayangnya,wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.Tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia,dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.

Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat"

Wallahu A'lam..

bicara couple!!












sekadar gambar perhiasan


Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipu daya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua


 Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

 Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

 Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

 Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

 Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

 Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

 Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

 Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia

 Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula

 Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

 Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

 Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

 Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang

 Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:
Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

 Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

 Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

 Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

 Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

 Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

 Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

 Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

 Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab: ayat 35)

 Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

 Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

 Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka