Khamis, 2 Julai 2009

resepi carrot cake

Carrot Cake dan Topping Cream Cheese


Bahan Kek
1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang (any nuts pun boleh)
1 cawan kismis kuning (boleh ganti dengan nenas kiub, prune, any sour lah)
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour)
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka

Penyediaan Kek
1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
2. masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
3. masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
4. masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
5. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping
• masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
• bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan